web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Tahu Jaga Mulut Antara Punca Kerajaan Tak Stabil

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 8:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sikap 'tidak tahu menjaga mulut', selain berkata-kata secara sesuka hati juga mampu menyebabkan sesebuah kerajaan menjadi tidak stabil.

Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, ketidak stabilan politik juga turut melibatkan beberapa faktor lain seperti penglibatan ‘katak' politik, ugutan rakan tadbir untuk menekan butang, sikap kerjasama tidak ikhlas serta majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedikit.

Menurut beliau, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perlu lebih bertanggungjawab dalam membuat kenyataan bagi membolehkan rakyat memilih sebuah kerajaan yang baik serta stabil, dan bukan membuat pilihan hasil daripada kempen pemimpin berwatak penjual ubat di pasar malam. 

"Saya akui kerajaan negeri Kedah adalah stabil ekoran UMNO dan Barisan Nasional (BN) di sini lebih rasional, tidak mudah melatah, tiada khianat untuk 'menekan butang' dan lebih mementingkan kestabilan politik untuk memajukan Kedah.

"Namun saya yakin pendirian UMNO dan BN di Kedah ini mungkin akan berubah pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) nanti setelah melihat PAS seolah-olah tidak lagi memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) malah berusaha meruntuhkannya," katanya di sini, hari ini.

Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri

Ini kali kedua Syed Johan membidas kenyataan Muhammad Sanusi setelah Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu sebelum ini mendakwa, kestabilan politik negara dan setiap negeri mampu diwujudkan sekiranya kerusi dimiliki UMNO terlalu sedikit sehingga tidak menjejaskan kerajaan jika mereka menarik diri.

Pada 13 Februari lalu, Syed Johan turut mencabar Muhammad Sanusi untuk bersikap seperti ‘anak jantan’ dengan mengumumkan penamatan MN dan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada kadar segera, berikutan kenyataan dibuat Muhammad Sanusi tersebut pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional (PN) Johor, sehari sebelum itu.

Syed Johan menambah, sebagai seorang pemimpin dari sebuah parti memperjuangkan Islam, Muhammad Sanusi harus berkata benar dengan memberitahu rakyat Johor, bahawa sebuah kerajaan yang stabil tidak akan tercapai jika jumlah DUN kerajaan dan Pembangkang berada dalam kedudukan seri atau hanya berkelebihan satu kerusi.

Apatah lagi katanya, rakan tadbir kerajaan itu sering mengugut untuk 'menekan butang', sedangkan tindakan sedemikian pastinya menyebabkan kerajaan tersebut menjadi lemah, goyah, tidak efektif serta sukar membuat keputusan seperti yang berlaku di Melaka dan Johor.

 "Jika Muhammad Sanusi tetap mahu menegakkan benang basah, bagaimana jika saya kemukakan teori bahawa kerajaan Sarawak stabil kerana PAS yang hanya bertanding satu kerusi, kalah 100 peratus di negeri itu. Begitu juga apabila PAS kalah 100 peratus di Melaka iaitu di lapan kerusi yang ditandingi, kerajaan Melaka juga kini stabil.

"Daripada situ bolehlah dibuat andaian bahawa jika PAS bertanding 56 kerusi di DUN Johor dan kalah 100 peratus, kerajaan Johor juga Insya Allah akan stabil. Setujukah Muhammad Sanusi dengan hipotesis itu,” katanya, sinis. - Getaran 17 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia